Thursday 18 August 2011

Islam sangat suka umatnya menjadi orang yang berjaya........


Salam untuk semua.....

Memang benar setiap dari kita inginkan kejayaan dalam hidup ini. Kadang2 kita dapat tetapi kerapkali apa yang kita impi-impikan tidak membuah hasil yang sepatutnya.

Nabi Muhammad junjungan kita pernah berkata dalam hadis yang dilaporkan oleh muslim dgn. maksudnya,“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun keduanya pun sama memperolehi kebaikan . Berlumbalah bagi memperolehi apa sahaja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah berasa lemah.”

Hadis di atas membuktikan Allah mahukan umat Islam menjadi manusia yang kuat dari semua segi kehidupan tidak mengira dari segi kesihatan fizikal, pemikiran, keimanan, ketakwaan, ekonomi, ilmu pengetahuan dan segalanya.

Bagaimana henak menjadi orang yang kuat? Caranya dengan mempunyai keinginan yang mendalam bagi menjadi orang yang sangat berjaya. Bertekadlah supaya kita tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal dinaiki oleh kita semua.
Bagaimana hendak menjadi orang yang sangat berjaya? Ada beberapa petua yang mungkin berguna untuk kita semua.

 1. Tetapkan matlamat yang tinggi
Tetapkan matlamat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Kemaskini matlamat ini setiap kali kita berjaya mencapai salah satu daripadanya. Semakin saudara berjaya, semakin tinggi matlamat yang dapat difikirkan.

 2.Tetapkan tumpuan
Pernahkan saudara menonton perlawanan badminton? Pernahkah saudara melihat ada orang yang mendahului lawannya, tetapi tidak lama kenudian akhirnya beliau tewas? Kenapa? Antara alasan yang popular ialah hilang tumpuan. Hidup kita juga umpama bermain badminton mesti sentiasa tetapkan tumpuan dan fokus. Tidak kira semasa mesyurat , berbual, berbincang, berfikir, merancang, berunding. Jangan kita buang masa dengan melakukan sesuatu tanpa tumpuan sepenuhnya.

  3. Kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mendengar, menbentang
Membaca dan mendengar ialah kemahiran menerima maklumat manakala menulis dan membentang ialah ialah kemahiran menyampaikan idea. Kemahiran membentang memerlukan kemahiran lain seperti berkomunikasi dan percakapan awam. Kita tidak mendapat hasil yang sebenar apabila kita hanya memiliki sebahagian daripadanya.

 4. Jadilah jurulatih
Jangan kedekut ilmu. Ajarlah orang lain melakukannya. Kita tidak hilang apa-apa apabila kita mengajar orang lain, bahkan kita akan diberikan kebijaksanaan dan idea-idea yang lebih baik semasa menjadi jurulatih. Semakin ramai orang yang kita latih, semakin hebat kemampuan diri kita. Itulah fitrah alam yang kita mesti tahu sekiranya mahu lebih berjaya daripada orang lain.

Petikan 55 petua orang berjaya.

yusa KL

Alahai cita-cita......


Salam buat sahabat semua,
Alahai cita-cita....teringat masa di tingkatan satu sekolah di Ipoh, ada sorang cikgu subject english mai tanya sorang-sorang cita-cita masing-masing. Sorang kawan ni cakap, sir i want to be a prime minister...that teacher said aiya...mana boleh. Cita-cita should be mau jadik askar ka, bomba ka, polis ka dsb nya. Finally, kawan aku ni belajaq jugak luar negara dan now end up jadik asset mgmt consultant nun di Nigeria.
Kalau tanya anak aku pulak (masa dulu la, masa umur 5-6 tahun dulu) selalu la pulak ubah-ubah ikut selera TV masa tu. Kalu masa tgk superman nak jadik superman, masa tgk spiderman tukar pulak...dan yg paling last nak jadik cicakman....dan sekarang agaknya mesti nak jadik transformer !
(Di sini dikongsi hasil tulisan seorang teman NGO ttg cita-cita....bacalah)
=======================================================
Kali ini nak bersembang bab education, bab pendidikan anak-anak kita sat.
 Bukannya apa, seminggu dua ini dok nampak sekolah-sekolah dan ibu bapa - termasuklah orang yang menulis ini - dok kalut dengan musim peperiksaan; baru saja anak hat form 3 tu habis PMR 2010, sekarang ini berdebar-debar pula dengan anak hat no 2 nak ambik SPM tak lama lagi.
 Di celah-celah tu pulak, semalam Sabtu kalut dok hantar anak hat darjah 5 nak naik darjah 6 tahun depan pi Seminar Motivasi UPSR - satu kepala RM90, ada dua buah bas daripada sekolah rendah anak saya tu bertolak ke satu dewan seminar di Kulim Hitech.
 Pikiaq-pikiaq sekali, boleh buat duit jugak tu, kalau satu kepala RM90, kalau satu sekolah 100 org dah RM9000, kalau 10 sekolah, fuh! banyak jugak tu.
 Tapi, macam tu lah adanya; zaman la ni dunia berkisar tentang sekeping sijil yg dinamakan UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Master, PhD dan sebagainya. Semua orang jadi kalut disebabkan benda-benda ini. Semua orang sanggup berhabis duit bergolok gadai kerana nak anak-anak berjaya dan lulus cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan itu.
 Di celah-celah tu pulak, kerajaan nak wajibkan subject sejarah jadi syarat lulus SPM; hah, maka nantinya untunglah sapa-sapa yg dok buka pusat-pusat tuition tu, boleh tambah satu lagi kelas khas khusus untuk subject sejarah.
 Tak kisahlah subjek sejarah ka, sains ka apa ka; tapi yg dok nampaknya fenomena ibu bapa dan masyarakat berlumba-lumba nak bagi anak-anak depa score ini, yg ok nya ialah golongan yang kaya dan berada tak kisahlah hat duduk di kg ka atau di bandar. Tapi, bagi mereka-mereka yg kurang mampu, yg dok kerja motong getah jadi kuli di kebun orang, pekerja ladang dan juga golongan pekerja kilang yg tinggal menyewa di tmn-tmn, depa boleh tumpang tengok saja lah. Anak-anak depa cuma dok harap apa yg cikgu ajaq di sekolah saja, kalau nasib baik score 5A, maka 5A lah; kalau tidak ikut ja lah apa yg ada.
Sebab itu, bila ada sorang kawan lama, seorang guru sekolah rendah di sebuah kg di pedalaman Serdang yg terletak di sempadan Kedah/Perak, bila dia email saya dia habag kata di sekolah baru dia tu, kesian kat budak-budak kat situ, mcm tak kisah langsung bab-bab pendidikan dan masa depan ni;
 Dia habag kata, bila dia tanya anak-anak murid dia tu apa CITA-CITA depa bila besaq nanti; ada sorang tu angkat tangan tanya:
 "Cikgu, CITA-CITA itu menatang apa cikgu?"
 Hah, sampai macam itu pun dok ada, di kala kita di kota-kota ini dok sembang pasal masa depan negara dengan project mega berbilion-bilon dollar, ada terperosok di suatu penjuru negara ada anak-anak bangsa yg masih tak mengerti apa itu istilahnya CITA-CITA. Mereka ini akan meneruskan kelansungan kerjaya ibu bapa mereka sebagai penoreh getah atau pun pekerja ladang di estet-estet kelapa sawit yg luas semedang di luar pagar sekolah mereka itu.
 Sebab itu, dua tiga hari lepas, menggunakan nama saya sebagai bekas Presiden Mahaisiswa/i Malaysia, University of the Pacific, Stockton California;  saya turun sendiri pi sekolah depa tu, pi bagi ceramah motivasi FOC pi habag kat depa kepentingan dan mustahaknya pelajaran untuk masa depan dan juga sedikit tips dan petua macam mana nak berjaya dalam pelajaran, agar dengannya mereka juga akan dapat menjadi seperti saya yg alhamdulillah sekitar 30 tahun dulu duduk di rumah berdinding buluh di kg di pedalaman Baling sana, hari ini sudah mampu keluar daripada orbit kemiskinan itu.
 Moga ada yg terbuka hatinya untuk mengikuti jejak langkah saya ini.
 Dan, berkesempatan di sini, kalau ada cikgu-cikgu sekolah kat Kedah ini nak jemput saya (dan juga rakan-rakan dari NGO), dipersilakan. Jangan bagi duit, sebab kami buat ini semua FOC, lillah hi taala demi anak-anak kita.
 Saya tulis ini bukan nak menunjuk/riak atau apa, tapi betoi-betoi nak habag kata - di zaman ibu bapa dan masyarakat berlumba-lumba nak anak-anak depa score periksa ini, ada anak-anak bangsa kita yang terpinggir sebab mereka tak mampu hadir tuition atau pun dibelikan buku-buku rujukan seperti anak-anak kita; maka jadinya, elok benar kalau sapa-sapa yg ada masa dan punya daya itu, mailah kita sendiri turun ke sekolah-sekolah membantu anak-anak kita ini. 
 yusa KL

Friday 12 August 2011

Selamat Datang ke Blog MySmartEdu

Terima kasih kerana menziarahi blog kami. Kami harap anda akan dapat sedikit-sebanyak manfaat dari tips-tips yang kami kongsikan bersama di sini. Selamat maju jaya.